Pengenalan

Gastronomi adalah satu cabang seni sains antara makanan dan budaya didalam penyediaan, memasak, dan persembahan makanan. Bidang gastronomi ini sangat  penting kepada Malaysia. Ini kerana Malaysia wujud diatas satu tunjang kepelbagaian etnik dan budaya yang mencorakkan keunikkan negara ini. Atas dasar keunikkan ini Malaysia telah diiktiraf dunia sebagai syurga makanan yang mana pengiktirafan ini perlu dieksploitasikan sebaik mungkin oleh ahli gastronomi Malaysia dalam meningkatkan visibility Makanan Malaysia ke seantero dunia.

Siapa Ahli Gastronomi?

Profession/pekerjaan –

    • Berkerja Didalam Bidang Kulinari Dan Penyajian Makanan Di Hotel, Restoran, Katering Dan Dapur Besar.
    • Penyelidikan Dan Pembangunan Kulinari
    • Akademi Kulinari
    • Selebriti
    • Golongan Kulinai Profesional
    • Pengusaha Makanan Trak
    • Pengusaha Makanan Dalam Talian
    • Usahawan Pemakanan
    • Pengusaha Tani, Ternak & Nelayan
    • Pembuat Roti Dan Kek; Dan Pengkriktik Makanan.

Persatuan Gastronomi Malaysia (GASTROM) adalah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 13hb September 2018. Persatuan ini telah rasmi didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai Persatuan Badan Kebangsaan.

GASTROM dalam rancangan tindakannya yang lebih dinamik bagi memacu persatuan untuk melaksanakan peranannya yang sah berhubung kait dalam industri asas tani, pelancongan, pendidikan, kebudayaan & warisan, kesihatan serta pembangunan kulinari negara. Ini sejajar dengan hala tuju yang baru mengikut pertubuhan perlembagaan persatuan.

GASTROM juga tidak ketinggalan memacu perkembangan didalam aspek pertandingan masakan dan juga penasihat rantaian bekalan makanan.

Di peringkat antarabangsa pula GASTROM mendapat pengiktirafan dari badan dunia iaitu daripada ‘World Islamic Culinary Society’ (WICS) yang berinduk di Istanbul, Turki. Empat (5) fokus penting GASTROM di peringkat antarabangsa ialah untuk menaik taraf Masakan Malaysia ke peringkat antarabangsa, mengadakan pertandingan masakan warisan di peringkat antarabangsa, mewujudkan Industri Hospitaliti Islam, memasyhurkan Masakan Halal Malaysia dan mempromosikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi kepelbagaian makanan seantero dunia.